Search This Blog

Sunday 8 April 2012

::SeDiKiT LaTaRBeLakAnG KuiH ApiT-ApiT ::


KuiH ApiT-ApiT SeNi LiPaT



KuiH ApiT-ApiT SeNi GuLuNg

Kuih sepit adalah sejenis kuih tradisional melayu dan terkenal juga dengan panggilan lipat kaseh atau surat cinta .membuat kuih sepit tidak memerlukan modal yang banyak tetapi memerlukan sabar yang banyak .memandangkan pendapatan suami saya yang hanya berkerja kampung sahaja saya mengambil langkah untok berniaga kecil-kecilan dengan membuat dan menjual kuih sepit .saya belajar daripada jiran saya yang baik hati dia mengajar saya sehingga menjadi mahir

pada ketika itu kami hanya menggunakan sarang besi dan bakar di atas dapur gas .tetapi kini dunia semakin maju . begitu juga dengan membuat kuih sepit. Sekarang sudah ada oven kalau dulu hanya mendapat 200 keping dalam satu hari Tetapi menggunakan oven boleh mendapat 600 keping sehari lebih-lebih lagi di musim perayaan banyaklah permintaan .

Dengan pendapatan yang lumayan saya dapat membantu menambah pendapatan keluarga dan anak anak saya dapat meneruskan pengajian mereka. Pada musim cuti sekolah kami dapat juga pergi berkelah dan juga pergi melancong Di pulau Langkawi .bak kata bepatah cantik piring cantik gelas .cerdik.berani.jangan.malas.

No comments:

Post a Comment